Friday, October 26, 2012

Majlis Pelantikan Pengawas PSS

Nama Aktiviti : Majlis Pelantikan Pengawas PSS dan Pelancaran Program PSS Tahun 2012
Tarikh : 26 Mac 2012 (Isnin)
Masa : 7.20 - 8.30 pagi
Tempat : Dewan Luqman al-Hakim 

Objektif :
1) Memperkenalkan Pengawas Pusat Sumber Sekolah kepada semua guru dan pelajar.
2) Memberi motivasi kepada semua Pengawas PSS untuk menjadi penggerak kepada aktiviti-aktiviti PSS yang telah dirancang sepanjang tahun ini.

Aktiviti :
1) Ucapan Aluan GPK 1 SMKA Segamat : Ust.Jamil Bin Hussin
2) Ucapan Perasmi : En.Abu Nawar Bin Mohd.(Peg.PKG Bandar Segamat)
3) Gimik Pelancaran Program PSS : Persembahan Powerpoint
4) Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas PSS
5) Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi
6) Bacaan Ikrar Pengawas PSS
7) Bacaan Ikrar Pelajar
8) Lagu Sekolah
9) Doa Penutup

Sambutan Hari Buku Sedunia

Nama Aktiviti : Sambutan Hari Buku Sedunia (Peringkat SMKA Segamat) 
dan Penyampaian Sijil Anugerah NILAM Tahap Jauhari
Tarikh : 23 April 2012 (Isnin)
Masa : 7.20 - 8.30 pagi
Tempat : Dewan Luqman al-Hakim

Objektif :
1. Meningkatkan minat membaca dalam kalangan warga guru dan pelajar. 
2. Memberi maklumat kepada guru dan pelajar berkaitan Sambutan Hari Buku Sedunia
3. Memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti berkaitan pembacaan dan aplikasi ilmu dalam kehidupan seharian.
 
Aktiviti :
1. Ucapan Pengacara Majlis
2. Ucapan dan Pelancaran Hari Buku Sedunia oleh Ust.Jamil Bin Hussin GPK 1 
3. Penyampaian Sijil Anugerah NILAM Tahap Jauhari 
4. Taklimat penganjuran aktiviti sempena Hari Buku Sedunia 
5. Bacaan Ikrar Pelajar
6. Lagu Sekolah
7. Bacaan Doa Penutup


Pameran dan Jualan Buku

Nama Aktiviti : Pameran dan Jualan Buku Sempena Hari Buku Sedunia
Tarikh : 23-26 April 2012 (Isnin - Khamis)
Masa : Sepanjang waktu persekolahan
Tempat : 
1) Ruang Legar Kantin Sekolah (Pameran dan Jualan Terbuka)
2) Perpustakaan (Pameran dan Jualan Tertutup)

Objektif :
1) Menggalakkan pelajar membaca pelbagai bahan bacaan
2) Memberi peluang kepada pelajar membeli buku-buku bacaan dan bahan rujukan terbaru

Lawatan Sambil Belajar

Nama Aktiviti : Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku Antarabangsa KL
Tarikh : 3 Mei 2012 (Khamis)
Masa : 7.00 pagi - 7.00 malam
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur
Peserta :
1) 28 orang Pengawas PSS
2) 4 orang guru pengiring
3) 2 orang staf sokongan 

Objekif :
1) Memberi galakan kepada pelajar supaya mencintai buku dan membaca pelbagai jenis bahan bacaan berkualiti.
2) Memenuhi perancangan aktiviti tahunan pusat sumber sekolah.

Aktiviti :
1) Taklimat perjalanan
2) Bacaan Doa 
3) Rehat dan Sarapan di R&R Air Keroh
4) Lawatan sekitar Pameran Buku di PWTC
5) Membeli pelbagai bahan bacaan berfaedah
6) Makan tengahari dan solat Jama'
7) Perjalanan pulang
8) Makan malam dan solat di R&R Seremban

Jom Baca Sekejap

Nama Aktiviti : 'Jom Baca Sekejap'
Tarikh : Setiap hari Isnin, bermula 23 Mac 2012 
Masa : 7.00 - 7.20 pagi (sebelum majlis perhimpunan rasmi)
Tempat : Dewan Luqman al-Hakim
Ahli Jawatankuasa : Semua Pengawas PSS
Sasaran : Semua guru dan pelajar

Bahan Edaran : Pelbagai Artikel yang telah di'laminate' berkaitan tajuk 
1) Alam Sekitar
2) Kesihatan dan Perubatan
3) Anti Dadah
4) Kepengunaan
5) Sains dan Teknologi

Aktiviti :
1) Pengawas PSS bertugas menunggu di pintu masuk dewan bersama kotak artikel
2) Koleksi artikel diedarkan kepada semua pelajar yang masuk ke dewan
3) Pelajar membaca artikel dalam masa 15 minit sebelum acara majlis perhimpunan rasmi
4) Pelajar saling bertukar artikel sekiranya telah selesai membaca
5) Pelajar menyerahkan artikel kepada Pengawas PSS sebelum majlis rasmi bermula


Penggambaran Kad Ahli Tingkatan 1 / 2010

Nama Program : Sesi Penggambaran Kad Ahli
Tarikh : 8-10 Feb 2010 Hari : Isnin - Rabu Masa : 3-4 petang
Tempat : Perpustakaan
Objektif : Menyediakan gambar Kad Ahli untuk digunakan semasa berurusan di kaunter perpustakaan.


Thursday, October 25, 2012

Jadual dan Peraturan

A) JADUAL WAKTU PERPUSTAKAAN

1) Waktu perkhidmatan rasmi :

i ) Isnin - Jumaat : 7.20 pagi - 4.30 petang 
ii) Sabtu & Ahad : Tutup

2) Jadual giliran pelajar masuk harian



3) Jadual tempahan guru masuk bersama pelajar waktu P&P




B) PERATURAN PERPUSTAKAAN

Peraturan 1

1. Semua pelajar dan guru dibenarkan masuk pada masa-masa yang telah ditetapkan
2. Sila daftar masuk perpustakaan menggunakan KAD AHLI masing-masing
3. Pelajar yang masuk pada waktu P&P hendaklah dengan pengawasan guru mata pelajaran.
4. Tempahan dilakukan oleh guru m/p sehari sebelum masuk perpustakaan
5. Aktiviti di perpustakaan pada waktu P&P ialah guru memantau pelajar melakukan 
    RUJUKAN mata pelajaran @ program NILAM sahaja ( P&P tidak dibenarkan )
6. Gunakan kemudahan-kemudahan dalam perpustakaan dengan cermat
7. Sila baca majalah dan surat khabar di ruangan yang disediakan sahaja
8. Perpustakaan adalah 'zon larangan bising'.
9. Sila senyap semasa berada dalam perpustakaan.

Peraturan 2

PELAJAR TIDAK DIBENARKAN
1. Membawa masuk beg, makanan dan minuman ke perpustakaan
2. Berbual, bergurau dan tidur dalam perpustakaan
3. Duduk berpasangan yang berlainan jantina
4. Menggunting buku, majalah dan surat khabar 
5. Menconteng sebarang bahan bacaan, peralatan, meja dan dinding perpustakaan
6. Membawa keluar sebarang bahan bacaan tanpa kebenaran

PELAJAR DIWAJIBKAN
1. Mendaftar masuk dengan menunjukkan kad ahli di kaunter PSS
2. Berpakaian kemas dan sesuai semasa berada dalam perpustakaan
3. Meletakkan semula bahan bacaan di tempat asalnya mengikut kategori yang betul.
4. Menyusun semula kerusi yang telah digunakan dengan kemas.
5. Mematuhi peraturan pinjaman dan pemulangan buku yang telah ditetapkan 
    (sila rujuk peraturan pinjaman dan pemulanga)
6. Meninggalkan perpustakaan dengan segera mengikut waktu yang telah ditetapkan.
7. Mematuhi teguran dan arahan guru, pembantu PSS atau pengawas perpustakaan bertugas.


C) PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU

1. Semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat dibenarkan 
    dan digalakkan meminjam bahan bacaan daripada perpustakaan.

2. Masa proses peminjaman dan pemulangan bagi pelajar adalah pada 
    waktu rehat dan waktu prep, manakala bagi guru dan staf sokongan adalah 
    sepanjang masa waktu perkhidmatan perpustakaan.

3. Semua buku yang bertanda merah adalah untuk rujukan dalam perpustakaan 
    sahaja dan tidak dibenarkan pinjam.

4. Semua proses peminjaman atau pemulangan mestilah melalui pembantu 
    perpustakaan atau pustakawan yang bertugas pada waktu tersebut.

5. Jumlah buku dibenarkan pinjam pada satu-satu masa ialah 3 buah 
    bagi pelajar dan 5 buah bagi guru.

6. Tempoh pinjaman bagi pelajar ialah tidak melebihi daripada 7 hari 
    dari tarikh peminjaman, manakala bagi guru tidak melebihi 14 hari.

7. Peminjam yang gagal memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan akan 
    dikenakan bayaran denda RM 0.20 sehari.

8. Peminjam dikehendaki menunjukkan buku yang dipinjam kepada petugas di 
    kaunter sebelum meninggalkan perpustakaan.

9. Pelajar bertanggungjawab menjaga buku yang dipinjam dengan baik.

10. Buku yang rosak tidak akan diterima sehingga dibuat pemulihan oleh peminjam
      atau membayar denda untuk proses penjilidan semula.

11. Buku yang hilang wajib diganti dengan buku yang sama.

12. Sekiranya tidak dapat mengganti dengan buku yang sama, peminjam wajib 
      membayar mengikut harga buku yang hilang tersebut.

13. Sijil berhenti sekolah akan ditahan sehingga peminjam memulangkan semula
      atau membayar nilai harga buku yang gagal dipulangkan kepada perpustakaan.

Pengenalan Program NILAM


A) Logo NILAM


B) Definisi

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

a) Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.

b) Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

c) Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah pada 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.


C) Pelaksanaan

Bagi memastikan program ini berjalan lancar dan dapat dihayati oleh semua warga sekolah, pihak pentadbir sekolah terutama sekali Guru Besar / Pengetua perlu dahulu memahami konsep dan matlamat program ini. Ini kerana mereka perlu memberi taklimat dan penerangan tentang program ini kesemua warga sekolah. Antara perkara-perkara yang perlu mereka terangkan ialah :

1. Latar belakang gerakan membaca.
2. Apa itu Nilam
3. Tujuan Nilam
4. Aktiviti asas Nilam
5. Tahap pertama Nilam
6. Tahap kedua Nilam
7. Sistem kawalan
8. Pengiktirafan.

Manakala mesyuarat guru juga perlu diadakan bagi melancarkan lagi perjalanan program ini. Antara agenda yang perlu dibincangkan ialah:

1. Menyediakan carta organisasi
2. Menentukan peranan GPMS, Setiausaha Nilam, guru kelas dan guru matapelajaran.
3. Menyediakan senarai tugas / melibatkan semua staf.
4. Menentukan dan menyusun jadual perlaksanaan.
5. Menentukan bahan mencukupi.
6. Memastikan kelancaran perjalanan program dari segi;

a) pengumpulan data
b) pengesahan
c) pengawalan
d) penilaian.

Wednesday, October 24, 2012

Visi dan Misi Sekolah



VISI
Menjadi Sekolah Terbilang Dalam Menjana Generasi Ulul Albab Minda Kelas Pertama Menjelang 2012

MISI
>> Menerapkan Akhlak Al Quran Dalam Segala Aktiviti Harian
>> Memperkasa Pelbagai Bahasa Dalam Pemerolehan Ilmu Pengetahuan Dan Komunikasi
>> Mewujudkan Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif
>> Menerapkan Budaya Cinta Akan Ilmu Sepanjang Hayat
>> Menerapkan Budaya Kerja Berpasukan Dan Musyawarah Dalam Kalangan Warga Sekolah

MOTTO
“Bersama Merealisasikan Budaya Taqwa, Hikmah dan Cemerlang “